;

Monday, June 29, 2009

ORANG BIASA,PENDAPATAN LUARBIASA HEBAT ..part 2

Amiruddin turut menegaskan perbezaan orang kaya dan orang miskin. Golongan kaya, katanya hanya lima peratus. sedangkan si miskin 95%. Perbezaannya, orang kaya melakukan apa yang orang miskin benci lakukan. Jadi katanya, tidak ramai yang menyukai MLM. Namun, setiap orang boleh membuat keputusan untuk menjadi kaya.
Jelas Amiruddin, dia telah membuat keputusan untuk menjadi kaya dengan jualan langsung alaupun berkelulusan tinggi dan boleh menjawat jawatan lumayan. Isterinya sendiri meragui pada peringkat awal, namun saya berfikir panjang untuk meneruskannya.jika berhenti, saya akan dikertawakan. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berjaya. Dalam ui2u.com, kita sendiri membuat keputusan untuk masa depan. Saya membuat keputusan untuk menjadi jutawan MLM," tegas Amiruddin yang pada mulanya kurang berminat.
Jelasnya lagi, dia bertukar fikiran selepas membaca banyak buku yang menyebut 4 cara untuk menjadi kaya. salah satu cara yang paling cepat ialah perniagaan rangkaian ( mlm ).
bersambung........

Read more...

Friday, June 12, 2009

CARA MEMBELI CP MELALUI AKAUN MAYBANK

Sebagai seorang UPTRENDER terutama seorang LEADER, anda wajib mengetahui bagaimana membeli cp hanya melalui akaun maybank anda secara online.

Ini penting, sebagai seorang leader anda amat memerlukan CP bagi urusan pendaftaran ahli baru dibawah jaringan anda. Sekiranya simpanan CP andNumbered Lista didalam sistem e-wallet tidak mencukupi, kelewatan pendaftaran ahli baru bakal mengundang kemuskyilan dan rasa tidak puas hati prospek yang ingin mendaftar.

Seorang leader yang excellent adalah leader yang bijak mengatur strategi dan pengurusan akaun masing-masing.

Berikut adalah cara-cara bagaimana kita boleh mendapatkan CP secara terus melalui akaun maybank secara online.

LANGKAH A

  1. layari maybank online iaitu www.maybank2u.com.my
  2. login dengan memasukkan USERNAME dan PASWORD anda
  3. klik pada ACCOUNT & BANKING
  4. klik pada MAKE A ONE-OF PAYMENT
  5. klik pada A TAC NUMBER
  6. pada pages yang sama, klik ALL PAYEEES yang terdapat dibawah VIEW ALL PAYEES BY CATEGORY kemudian tekan button CONTINEU
  7. select dan klik pada UPTREND NETWORK SDN BHD kemudian klik button CONTINEU
  8. Masukan AMOUNT ( RM ) yang bersamaan kuantiti CP yang anda ingin beli. satu CP bersamaan RM3.80
  9. masukan ID UPTREND ANDA pada ruangan MEMBER ID
  10. masukan TAC number yang telah dihantar kE h/phone anda dan klik CONFIRM
  11. BUAT SEMAKAN DAN PRINT OUT SLIP TRANSACTION SEBAGAI RUJUKAN
LANGKAH 2
  1. FAX resit transaction tadi kepada 03-79566909 ( MIS DEPARTMENT )
  2. selepas itu telefon 03-79579366 atau email kepada mis@uptrend2u.com untuk follow up atau sebarang masalah.


    GUNAKAN SHORTCUT LINK DIBAWAH :




KLIK DISINI UNTUK KE WEBSITE MAYBANK

Read more...

Thursday, June 11, 2009

MERANCANG KEEWANGAN KELUARGA


Pada tahun 2009 tugas wanita untuk merancang bajet keluarga mungkin lebih mencabar.


"ORANG ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada."



IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.

Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.

Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.

Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.

"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.


"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."


Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.

Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.

Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.

"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.

Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.




Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.


"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"


Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.

"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.

"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.


FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.


Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Read more...

Peminjam wang dibunuh ala mafia


Kok Chin (kiri) memeriksa lokasi Kolandasamy dibunuh di Kampung Kuala Garing, Rawang semalam.


GOMBAK – Kemunculan sebuah kereta Ford berwarna kelabu bersama tiga lelaki di Kampung Kuala Garing, Rawang di sini semalam membawa ajal kepada seorang ketua kampung yang ditembak dan ditetak hingga mati.

Pembunuhan ala Mafia terhadap D. Kolandasamy, 47, berlaku pada pukul 8.22 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumahnya sambil memerhati ternakannya.

Dua daripada tiga lelaki tersebut turun dari kereta dan menghampiri Kolandasamy sebelum mereka melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah mangsa.

Selepas ditembak, kepala dan leher mangsa kemudian ditetak beberapa kali dipercayai bagi memastikan mangsa mati.

Isteri mangsa, K. Renganagei, 51, yang sedang bersarapan keluar menjenguk selepas hairan terdengar bunyi bising orang bertengkar dengan suaminya.

“Sebaik dua lelaki nampak saya mereka bertanya sama ada saya nampak atau tidak kejadian tembakan itu.

“Belum sempat saya menjawab, salah seorang lelaki itu melepas satu das tembakan ke arah saya tetapi nasib baik ia tersasar,” cerita Renganagei.


Read more...

Wednesday, June 10, 2009

ORANG BIASA,PENDAPATAN LUARBIASA HEBAT ..part 1

Dengan satu keputusan yang mudah dan berkata YA pada satu peluang, segalanya berubah kini. Pada awalnya beliau langsung tidak nampak akan peluang yang ada didepan mata tetapi dengan satu kepercayaan ' PELUANG SELALUNYA DATANG DALAM KEADAAN KITA TIDAK BERSEDIA ' telah membuatkan AHMAD AMIRUDDIN atau lebih dikenali dengan nama CIKGU AMIR mengambil keputusan untuk menyertai UPTREND.
Kini selepas 22 bulan di UPTREND, beliau masih seorang insan biasa tetapi mempunyai pendapatan yang luar biasa HEBAT. Menurutnya, beliau diperkenalkan kepada perniagaan kepada perniagaan LUAR BIASA HEBAT! ini oleh En Yahya Zainal serta kaan baiknya En Benjamin dan En Azmi. Kebiasaannya kawan kita mengajak kita atas 2 sebab iaitu :

  1. Kerana mereka kawan kita dan ingin berkongsi sesuatu yang baik dengan kita.
  2. Kerana mereka mengambil berat tentang masa depan keewangan kita.
" saya membuat keputusan untuk berjaya (make it happen and do not care what people said) dan saya belajar dari hari ke sehari, berani dan tidak mahu menerima segala kritikan dan kegagalan atau akhirnya dengan semangat yang ada, alhamdulillah...harini saya sangat bersyukur pada tuhan, rezeki yang datang dari punca yang tidak disangka-sangka. Setiap hari saya dapat duit dalam perniagaan UPTREND. Pendapatan yang jauh lebih baik dari pendapatan yang saya perolehi dari perniagaan konvesional yang saya jalankan lebih daripada 5 tahun " ujarnya.

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

PENAIKTARAF CENTRE BUKIT CHERAS

ALHAMDULILLAH...centre bukit cheras semakin berubah dari masa ke semasa.
Banyak perubahan telah dilakukan seiring dengan perkembangan Ui2U YANG SEMAKIN MENINGKAT DAN CEMERLANG.

Terkini adalah perkhidmatan wifi telah disediakan secara percuma setiap malam khamis.
Ini bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran keahlian baru oleh semua leader selepas sesi EOM yang diberikan oleh cikgu amir.

sekiranya ada cadangan bagi meningkatkan perkhidmatan di centre bukit cheras ini, anda boleh emailkan kepada

admin@goldpower2u.com

segala komen dan cadangan akan dipertimbangkan dengan seajarnya.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA LEADER DIBAWAH JARINGAN CIKGU AMIR YANG SENTIASA MEMBERIKAN KOMITMEN YANG LUAR BIASA EXCELLENT.

Read more...

YOUTUBE GOLDPOWER2U

LOKASI CENTRE BUKIT CHERAS

READER

About Me

My photo
TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG SAYA harapan saya semoga blog ini dapat dimanfaatkan untuk kita semua disamping dapat berinteraksi walaupun dimana kita berada.FINALLY for all visitor,THERE ARE NO STRANGER IN THIS WORLD. ONLY FRIENDS WE HAVE AND TOGETHER TO TOP...GO GO

LIVE TRAFFIC

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP